Petrol merupakan komoditi yang paling penting di dalam kehidupan seharian kita
dan banyak digunakan sebagai input di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Jika peperangan berlaku di Negara A, yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar di dunia, maka penawaran petrol akan terganggu dan pelbagai masalah ekonomi akan wujud di negara –negara seluruh dunia.
Pengenalan
Kepentingan petrol sebagai bahan komoditi yang paling penting dalam kehidupan seharian kita tidak dapat dinafikan lagi. Petrol menjadi bahan asas utama untuk menggerakkan ekonomi global. Seperti yang kita sedia maklum,petrol digunakan secara meluas di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, perindustrian, pembinaan, dan sebagainya. Apabila Negara A yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar di dunia mengalami peperangan, sudah pasti penawaran petrol akan terjejas sekaligus akan memberikan impak yang negatif kepada ekonomi global kerana pengeluaran petrol yang semakin berkurang . Misalnya, apabila tercetusnya peperangan di Negara Iraq, aktiviti pengeluaran minyak di Negara tersebut hampir lumpuh sama sekali. Menurut Organization of the Petroleum Exporting Countries ataupun OPEC, dalam http://naturulis.blogspot.com/2007/ kemampuan pengeluaran minyak harian negara tersebut telah merosot dengan ketara dari 2 juta tong sehari kepada kurang daripada 50 000 tong sehari. Justeru, keadaan ini telah menyumbang kepada kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
Jika dilihat dari sudut pemasaran ,setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan mengakibatkan kewujudan kesan ekonomi yang negatif sekaligus memberikan impak yang besar dari pelbagai sudut , sebagai contoh kenaikan harga runcit petrol. Sudah terang lagi bersuluh,fenomena ini akan menimbulkan kesusahan terhadap pengguna dari pelabagai aspek.Lazimnya, kenaikan harga petrol sudah pasti akan mengakibatkan kesan berganda terhadap barang dan perkhidmatan yang lain. Jika kos pengangkutan...