Penjelasan Isu Harga Minyak dan Subsidi
1. Kenapa harga minyak naik akhir-akhir ini di pasaran antarabangsa? • Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$60 akhir-akhir ini. • Punca utama keadaan ini berlaku ialah: - Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan; - Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat; - Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela;
1
- Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu; dan - Kegiatan spekulasi harga minyak.
2.
Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? • Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar. • Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.
2
Jadual 1 Kenaikan Harga Purata Minyak Di Pasaran Dunia WTI (AS$/Setong)