Penyelesaian Masalah-Kertas Kerja

1.0 PENGENALAN
  Pekerjaan para pengurus, saintis, jurutera, peguam merupakan pekerjaan yang banyak menjurus kepada kerja membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ia adalah kerja memilih isu yang memerlukan perhatian, meletakkan matlamat, mencari atau mereka siri tindakan, menilai dan memilih antara tindakan alternatif. Tiga aktiviti pertama ini iaitu agenda   - menetapkan matlamat dan mereka tindakan biasanya dipanggil penyelesaian masalah; manakala yang terakhir, menilai dan memilih dipanggil membuat keputusan. Tiada apa lagi yang lebih penting untuk sesuatu masyarakat itu selain dari kerja ini dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada banyak masalah di peringkat kebangsaan (budget, deficit dagangan, AIDS, keselamatan kebangsaan), pada peringkat organisasi perniagaan (pembaikan produk, keberkesanan pengurusan, pilihan pelaburan), dan pada peringkat kehidupan individu seseorang (memilih karier atau sekolah, membeli rumah.

  Kebolehan dan skil yang menentukan kualiti keputusan dan penyelesaian masalah bukan hanya tersimpan di dalam lebih dari 200 juta otak manusia, tetapi juga di dalam peralatan dan mesin., dan terutamannya sekarang di dalam   alat yang kita panggil komputer. Kepintaran atau kederdasan ini dikatakan menjadi asas kepada bangsa Amerika yang membolehkan masyarakat Amerika mencapai tahap yang membanggakan pada peringkat produktiviti ekonomi.

  Tiada apa yang lebih menjanjikan atau menjadi target utama untuk menjadi asas penyelidikan saintifik jika dibandingkan dengan memahami bagaimana minda manusia berfikir, dengan dan tanpa bantuan komputer, dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan berkesan, dapat menambah baik dalam keupayaan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dalam bagi bidang psikologi, ekonomi, matematik statistik, operasi penyelidikan, sains politik, kecerdasan tiruan (artificial intelligence), dan sains kognitif, banyak yang telah dicapai dalam penyelidikan major yang...