Athanasius dilahir dalam keluarga kristian di Aleksandra, Mesir. Beliau dihantar ke sekolah pendidikan klasik dan teologi pada sewaktu beliau masih kecil lagi. Beliau membesar dibawah pemerintahan Maharaja Rom Maximianu. Bakat Athanasius telah diasah oleh Biskop Aleksandra, beliau telah tertarik dengan sifat Athanasius semenjak dia kecil lagi. Ini boleh dibuktikan melalui satu peristiwa yang telah berlaku semasa Biskop aleksandra sedang menunggu sejumlah kawannya dari gereja untuk bersarapan dengannya selepas fungsi keagamaan yang besar. Sementara dia menunggu mereka, dia melihat sekumpulan budak-budak yang sedang bermain di tepi pantai berhampiran dengan lokasi dia menunggu. Biskop Aleksandra mendapati bahawa mereka sedang meniru upacara rumit pembaptisan Kristian. Oleh kerana dia tertarik dengan adegan tersebut, Biskop Aleksandra pergi mendekati budak-budak tersebut. Apabila sampai disana, dia menyiasat kejadian tersebut dan mendapati bahawa seorang budak yang bernama Athanasius telah meniru gaya seperti seorang biskop yang sedang membaptiskan umat. Biskop Aleksandra membuat keputusan untuk menghantar Athanasius dan kawan-kawannya ke latihan dalam mempersiapkan diri untuk menceburi bidang agama. Sejak dari situ, perjalanan Athanasius untuk menjadi seorang ahli agama bermula.
Pada tahun 319, Athanasius telah diiktirafkan sebagai seorang Diakon. Pada masa yang sama, muncul seorang pendeta yang bernama Arius mula mengajar bahawa ajaran Yesus Kristus tidak logik. Athanasius menjawab bahawa Bapa merupakan Anak, atau mengucapkan dari Firman, adalah hubungan yang abadi antara mereka, bukan suatu peristiwa yang berlaku dalam masa. Jadi mulalah perselisihan faham antara Kristian Katolik dengan ajaran sesat Arianisme. Semasa beliau masih lagi diakon, dia telah menemani Biskop Aleksandra ke majlis Nicea yang pertama untuk perbincangan terhadap masalah-masalah aliran sesat Arianisme. Semasa dalam perbincangan tersebut, Athanasius secara tidak langsung telah terlibat...